Polisi Privasi
Tarikh Berkuatkuasa: 8/7/2025
1. Maklumat Yang Dikumpul
Kami hanya mengumpul maklumat yang perlu seperti nama, emel, nombor telefon, dan data transaksi. Data sensitif seperti nombor kad kredit tidak disimpan dalam sistem kami.
2. Penggunaan Maklumat
Data anda digunakan hanya untuk pengurusan akaun. Kami tidak akan membocorkan, menjual, atau berkongsi data anda kepada pihak ketiga.
3. Keselamatan Data
Semua data disimpan dengan kawalan keselamatan yang sewajarnya, dan akses hanya diberikan kepada anda serta individu yang anda benarkan sahaja.
4. Hak Anda
Anda berhak meminta, membetulkan, atau memadam data anda sekiranya terdapat kecacatan. Sila hubungi kami di smartexpenses47@gmail.com atau WhatsApp.
5. Perubahan
Polisi ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau melalui emel kepada anda.
Syarat Perkhidmatan
Tarikh Berkuatkuasa: 8/7/2025
1. Penggunaan Perkhidmatan
Anda mesti memberikan maklumat yang tepat semasa pendaftaran dan bertanggungjawab ke atas keselamatan akaun anda. Jangan kongsikan akaun dengan orang lain. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami di WhatsApp.
2. Had Tanggungjawab
Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian kewangan atau kerosakan akibat penggunaan sistem, kecuali berpunca daripada kecuaian pihak kami. Sila pastikan anda tidak merekodkan maklumat sensitif seperti kata laluan. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah akibat tindakan tersebut.
3. Hak Cipta
Semua kandungan, kod, dan reka bentuk sistem ini adalah hak milik kami. Sebarang penyalinan atau pengedaran tanpa kebenaran adalah dilarang.
4. Penggantungan / Penamatan Akaun
Kami berhak menahan penggunaan sekiranya anda gagal membuat bayaran bulanan atau menamatkan akaun sekiranya berlaku penyalahgunaan atau pelanggaran syarat.
5. Undang-Undang
Syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia.